Borang Penyertaan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SYARIKAT DALAM KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)


 
  1. TEMPOH SAH PELANTIKAN
    1. Pelantikan syarikat adalah berkuatkuasa dari tarikh penerimaan lantikan di Lampiran B ditandatangani dan akan terus berkuatkuasa  hingga ke satu tarikh penamatan mengikut peruntukan di perenggan 4 lampiran ini.
  2. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
    1. Syarikat bertanggungjawab untuk memastikan pemberian diskaun seperti di Lampiran B1 kepada pemegang KADS1M;
    2. Syarikat hendaklah memberi, mengemukakan atau menyiarkan maklumat yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan berhubungan dengan barangan atau perkhidmatan yang diberikan pemberian diskaun kepada pemegang KADS1M;    
    3. Syarikat dikehendaki memaklumkan di dalam tempoh yang munasabah kepada KPDNHEP terlebih dahulu sebelum mengubah mana-mana amaun atau syarat diskaun yang diberi kepada pemegang KADS1M; dan
    4. Syarikat tidak boleh memberi, mengemukakan, mendedahkan atau menyiarkan maklumat yang berhubungan dengan syarat-syarat di bawah pelantikan ini dan maklumat pemegang KADS1M mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
  3. PENGGUNAAN LOGO
    1. Logo dan jenama syarikat akan digunakan oleh KPDNHEP dalam aktiviti promosi dan pengiklanan berkaitan KADS1M atau yang mana pada anggapan kedua-dua pihak adalah sesuai; dan
    2. Logo dan jenama KADS1M akan digunakan oleh syarikat dalam aktiviti promosi dan pengiklanan berkaitan syarikat atau yang mana pada anggapan kedua-dua pihak adalah sesuai.
  4. PENAMATAN, PENGINGKARAN DAN TANGGUNGAN
    1. Mana-mana pihak dalam perjanjian ini boleh menamatkan atau menarik diri dengan memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada pihak yang satu lagi; dan
    2. Selepas penamatan perjanjian oleh mana-mana pihak, semua peruntukkan di bawah syarat-syarat di bawah pelantikan ini akan terhenti menjadi efektif tetapi tidak menjejaskan hak dan remedi kedua-dua pihak terhadap satu sama lain berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang telah terakru atau pelanggaran syarat-syarat di bawah pelantikan ini.
  5. PENYELESAIAN PERTIKAIAN
    1. Apa-apa pertikaian yang terbabit akibat daripada pelaksanaan atau penggunaan peruntukan-peruntukan dalam perjanjian ini atau hak, tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu secara bertulis antara pihak-pihak hendaklah diselesaikan secara baik atau aman.    
    2. Pihak-pihak boleh membuat prosedur dan peraturannya sendiri mengenai perjalanan prosiding penyelesaian pertikaian di antara pihak-pihak dan keputusan yang dicapai oleh pihak-pihak adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada perjanjian ini.
  6. NOTIS
    1. Jika mengikut peruntukan di dalam syarat-syarat di bawah pelantikan, semua surat menyurat atau notis hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan serta dihantar sama ada melalui pos berdaftar, faks atau dengan tangan dan hendaklah dianggap telah diserah semasa penghantaran tersebut sekiranya dialamatkan seperti di bawah:-

      (a)    Bagi KPDNHEP:
      Bahagian Gerakan Kepenggunaan
      Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 
      dan Hal Ehwal Pengguna
      No. 13, Aras 4, Persiaran Perdana, 
      Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62623 Putrajaya
      No. Tel: 03-8882 5972 / 6446
      No. Faks: 03-8882 5983

      (b)    Bagi Syarikat:
       
    2. Sekiranya berlaku pertukaran alamat dan/atau entiti di pihak Syarikat, maka hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada KPDNHEP sekurang-kurangnya empat belas (14) hari daripada tarikh pertukaran tersebut. 
  7. PENGENEPIAN HAK
    1. Kegagalan KPDNHEP dan/atau Syarikat untuk menjalankan penguatkuasaan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah syarat-syarat di bawah pelantikan ini pada bila-bila masa, tidak akan berjumlah kepada suatu penepian hak, melainkan ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu. 
    2. Apa-apa penepian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk dan dipersetujui oleh KPDNHEP.
  8. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
    1. Pihak-pihak dengan ini bersetuju untuk mematuhi segala ketetapan undang-undang, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

Teruskan ke borang penyertaan
Bilangan Pelawat

4,483,783


Sejak : 20 Ogos 2012       Pelawat Hari Ini : 227       Pelawat Minggu Ini : 2,520       Pelawat Bulan Ini : 9,375
Sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox 44.0 atau Google Chrome 47.0 pada resolusi 1024x768. KPDNHEP@2018 Hak Cipta Terpelihara